Friday, November 20, 2009

salam ta'ruf

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada pelawat blog ini. Tujuan saya create blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya kepada anda semua supaya kita semua tahu hakikat kehidupan kita berada di bumi Allah yang sementara ini.

Nama ABID ALIM diambil kerana kedua-duaNya mempunyai kaitan yang sangat kuat untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah dan memahami hakikat kehidupan kita di bumi Allah yang fana ini. Saya ingin mengajak anda semua untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya dan menjadikan Allah sebenar benar tuhan yang disembah dan padaNya dipinta pertolongan sepertimana yang telah difirman dalam surah al-fatihah.


Selain itu, saya juga ingin mengajak kita sama-sama mendalami ilmu Allah sedalam-dalamnya. Seperti yang kita tahu semua ilmu Allah di dunia ini mengajak kita dekat denganNya. tetapi ilmu yang paling penting dan utama untuk kita mengenali Allah adalah ilmu tentang islam. contohnya ilmu tentang cara beribadah. dengan beribadahlah tertingkatlah hubungan kita dengan allah s.w.t. tetapi kalau kita tidak tahu macam mana caranya. maka secara automatik hubungan kita dengan Allah semakin jauh.

bukanlah maksud saya disini untuk mengatakan bahawasanya ilmu selain ilmu islam tidak mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. tetapi orang yang mendalami ilmu duniawi ini kebanyakan pemikiran mereka dihalang oleh tarikan duniawi. maknanya seseorang itu mendalami sesuatu ilmu adalah supaya dikenali, dipuji dan mendapat kerja yang bagus.

tetapi apabila dia mendalami ilmu hanya sanya kerana allah maka ilmu duniawi tersebut secara automatik mendekatkan dirinya kepada allah s.w.t. Contohnya doktor apabila dia mendalami ilmu kedoktoran kerana allah s.w.t., setiap kali dia mengkaji anggota badan manusia, dia akan merasai kehebatan Allah s.w.t. disebabkan keunikan, kehebatan, dan kecantikan sistem tubuh badan manusia yang diciptakan oleh allah s.w.t.

Tidak dilupa juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada BroMuHSin kerana sudi berkongsi ilmu tentang dunia blog ini. diharapkan supaya pelawat dapat mendekatkan diri kalian semua dengan pencipta apabila membaca input-input yang berada di dalam blog ini. jikalau ada kesilapan dalam penulisan saya, diharapkan anda boleh menghantar komentar yang membina. selamat membaca.



1 comment:

  1. slm,
    khaifahaluk ya akhi?
    khaifa imanuk?
    ana hena... alhamdulillah... quais...
    tamamm....
    buat blog x bg tahu kite org... buat blog jugak, x nak suruh kami ni masuk/melawat...

    kite ni sape... nak tulis blog x pandai... jus pandai bace je...

    doakan ana tetap dalm jalanNYA....
    w'slm...

    ReplyDelete